Like A Dream
D'Boss!

Hi I'm cik boboit. The owner of this blog.ThanKYU



Entries About Linkies Stuff


Assalamualaikum!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

Iman Bukhari:perempuan haidh boleh berada dalam masjid


بَاب نَوْمِ الْمَرْأَةِ فِي الْمَسْجِدِ
Bab Tidur Orang Perempuan Dalam Masjid
حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ وَلِيدَةً كَانَتْ سَوْدَاءَ لِحَيٍّ مِنَ الْعَرَبِ فَأَعْتَقُوهَا فَكَانَتْ مَعَهُمْ قَالَتْ فَخَرَجَتْ صَبِيَّةٌ لَهُمْ عَلَيْهَا وِشَاحٌ أَحْمَرُ مِنْ سُيُورٍ قَالَتْ فَوَضَعَتْهُ أَوْ وَقَعَ مِنْهَا فَمَرَّتْ بِهِ حُدَيَّاةٌ وَهُوَ مُلْقًى فَحَسِبَتْهُ لَحْمًا فَخَطِفَتْهُ قَالَتْ فَالْتَمَسُوهُ فَلَمْ يَجِدُوهُ قَالَتْ فَاتَّهَمُونِي بِهِ قَالَتْ فَطَفِقُوا يُفَتِّشُونَ حَتَّى فَتَّشُوا قُبُلَهَا قَالَتْ وَاللَّهِ إِنِّي لَقَائِمَةٌ مَعَهُمْ إِذْ مَرَّتِ الْحُدَيَّاةُ فَأَلْقَتْهُ قَالَتْ فَوَقَعَ بَيْنَهُمْ قَالَتْ فَقُلْتُ هَذَا الَّذِي اتَّهَمْتُمُونِي بِهِ زَعَمْتُمْ وَأَنَا مِنْهُ بَرِيئَةٌ وَهُوَ ذَا هُوَ قَالَتْ فَجَاءَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْلَمَتْ قَالَتْ عَائِشَةُ فَكَانَ لَهَا خِبَاءٌ فِي الْمَسْجِدِ أَوْ حِفْشٌ قَالَتْ فَكَانَتْ تَأْتِينِي فَتَحَدَّثُ عِنْدِي قَالَتْ فَلا تَجْلِسُ عِنْدِي مَجْلِسًا إِلا قَالَتْ وَيَوْمَ الْوِشَاحِ مِنْ أَعَاجِيبِ رَبِّنَا أَلا إِنَّهُ مِنْ بَلْدَةِ الْكُفْرِ أَنْجَانِي قَالَتْ عَائِشَةُ فَقُلْتُ لَهَا مَا شَأْنُكِ لا تَقْعُدِينَ مَعِي مَقْعَدًا إِلا قُلْتِ هَذَا قَالَتْ فَحَدَّثَتْنِي بِهَذَا الْحَدِيثِ
`Ubaid bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Usamah meriwayatkan kepada kami daripada Hisyam bin `Urwah daripada ayahnya daripada `Aaisyah bahawa ada seorang hamba perempuan berkulit hitam kepunyaan satu keluarga `Arab. Setelah keluarga itu memerdekakannya dia tetap hidup bersama mereka. Bekas hamba perempuan itu bercerita, katanya: “Pernah seorang anak perempuan keluarga tersebut keluar dengan memakai selempang merah daripada kulit yang bertatahkan permata. Dia meletakkan selempangnya atau selempangnya terjatuh daripada tubuhnya. Tiba-tiba seekor helang lalu di situ dan ia ternampak selempang yang berada di atas tanah itu. Kerana menyangka daging, helang itu menyambarnya. Mereka pula mencarinya tetapi tidak dijumpai.” Hamba perempuan itu bercerita lagi: “Setelah menuduh aku mengambilnya mereka terus memeriksaku sehingga mereka memeriksa kemaluannya.” Bekas hamba perempuan itu meneruskan ceritanya: “Demi Allah! Sesungguhnya ketika aku sedang berdiri bersama mereka tiba-tiba lalu burung helang tadi dan dilepaskannya selempang itu, ia jatuh di hadapan mereka. Aku lantas berkata: “Inilah yang kamu tuduh aku mengambilnya. Kamu menganggap aku mengambilnya padahal tidak. Nah! Inilah dia selempang itu.” Kata `Aaisyah: “Hamba perempuan ini kemudiannya datang menemui Rasulullah s.a.w. dan memeluk Islam. Dia mempunyai khibab (khemah kecil, gubuk ataupun pondok kecil) di dalam masjid. Dia selalu datang bercakap-cakap denganku dan setiap kali datang, dia tidak lupa mengungkapkan syair ini: “Hari selempang adalah antara keajaiban Tuhan kita, bagaimana pun ia telah menyelamatkan daku dari negeri kafir.” Pernah saya bertanya kepadanya: “Kenapa setiap kali kamu duduk di sampingku maka engkau mesti mengungkapkan syair ini?” Lalu beliau mengisahkan peristiwa tadi kepadaku.”
Tajuk yang dibuat oleh Imam al-Bukhari adalah “tajuk mutlak” iaitu tajuk terbuka yang tidak menghukum sama ada harus atau tidak bagi seorang perempuan untuk berada atau tidur di dalam masjid. Ini adalah sebagai isyarat bahawa terdapat khilaf ulama` dalam perkara ini.
Dalam bab ini Imam al-Bukhari membawa hadits yang menjadi dalil kepada ijtihadnya iaitu seorang perempuan dibenarkan mendiami atau duduk dalam masjid
Oleh kerana tidak ada hadits yang menunjukkan larangan untuk perempuan tersebut berada dalam masjid ketika dalam keadaan haidh, maka ulama`-ulama` termasuk Imam al-Bukhari menjadikan hadits ini sebagai dalil keharusan perempuan untuk berada di dalam masjid secara mutlak, ya`ni sama ada dalam keadaan haidh ataupun tidak.
Ini adalah kerana mereka berpegang dengan kaedah fiqh (الأصل في الأشياء الإباحة) dan kaedah ini juga yang dipegang oleh Imam Bukhari.
Selain dari Imam Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya, ada beberapa ulama` lain yang berpendapat sebaliknya, yang menunjukkan terdapat khilaf dalam masalah ini. Pendapat-pendapat dalam hal ini boleh disimpulkan sebagaimana berikut:
1) Imam Malik berpendapat bahawa tidak harus secara mutlak bagi orang-orang perempuan (walaupun bagi mereka yang sudah tua) untuk tidur di dalam masjid, sama ada mereka berhaidh atau pun tidak.
Alasannya ialah kerana untuk mengelakkan fitnah kerana pepatah `Arab mengatakan (لكل ساقطة لاقطة ) bermakna; “setiap yang gugur ada yang memungutnya”.
2) Imam Abu Hanifah, Imam Shafi`e dan Imam Ahmad dan jumhur ulama` pula berpendapat harus orang perempuan tidur dalam masjid dalam keadaan tidak berhaidh tetapi khilaful aula [ ya`ni tidak elok, yang lebih elok tidur di tempat lain (Nota: khilaful aula bukan bermakna makruh tetapi ianya lebih ringan daripada makruh)]
Mereka juga berpendapat tidak harus berada dalam masjid ketika dalam keadaan haidh.
3) Daud az-Zohiri, al-Muzani (anak murid Imam as-Syafi`e) dan Ibnu Hazam berpendapat harus tidur dalam masjid secara mutlak sama ada dalam keadaan haidh ataupun tidak.
Dalam masalah Imam Bukhari ini sependapat dengan mereka.
Setiap ulama di atas mempunyai hujjah masing-masing berkenaan pendapat mereka dan kita perlu menghormati pendapat mereka. Atas dasar itulah Imam Bukhari tidak menyebutkan secara terang (qatie) hukum sama ada harus atau tidak orang perempuan duduk dalam masjid di dalam tarjamatil bab (tajuk-tajuk bab) kitab shahihnya.
Melalui hadits yang dinyatakan di dalam “Bab Tidur Orang Perempuan Di Dalam Masjid” ini, Imam al-Bukhari menyatakan pendapatnya bahawa adalah harus bagi orang perempuan tidur dalam masjid sama ada dalam keadaan haidh maupun tidak.
Antara alasan ulama` yang mengharamkan orang perempuan tidur atau berada lama di dalam masjid:
  1. Adanya kemungkinan aurat mereka terdedah kepada orang-orang lelaki yang selalu berulang alik ke masjid.
  2. Boleh menimbulkan fitnah dengan adanya mereka di dalam masjid.
  3. Adanya mereka di dalam masjid mendedahkan masjid kepada kekotoran darah haidh.
  4. Perempuan-perempuan yang berhaidh mungkin akan datang haidh pada tarikh-tarikh tertentu atau pada bila-bila masa, yakni, kemungkinan datang haidh semasa mereka tidur.
  5. Terdapat beberapa hadits larangan orang perempuan yang berhaidh berada di dalam masjid
Bagi Imam al-Bukhari semua alasan-alasan di atas tidak kukuh kerana:
  1. Semua perkara-perkara yang dikhuatiri seperti terdedah aurat, mendatangkan fitnah dan mengotorkan masjid tidak semestinya berlaku;
Bagaimana sekiranya dalam keadaan tiada fitnah? (Seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. kepada seorang perempuan yang tersebut dalam hadits bab ini)
  1. Bagaimana dalam keadaan sekiranya `aurat seorang perempuan terpelihara misalnya kerana dia berada dalam satu khemah khusus di suatu ruangan yang agak jauh daripada lelaki seperti yang tersebut dalam hadits ini?
  2. Bagaimana sekiranya perempuan yang berhaidh dapat mengawal darah haidhnya daripada tumpah dan mengotori masjid?
  3. Bagaimana pula sekiranya fitnah di luar masjid lebih besar daripada fitnah di dalam masjid?
  4. Hadits-hadits yang mengharamkan perempuan-perempuan berhaidh dari berada di dalam masjid itu tidak ada satu pun yang menepati syarat Imam Bukhari dan tidak setaraf dengan hadits yang dinyatakannya dalam bab ini.
Contohnya:
Hadits Pertama:
Hadits tentang sembahyang hari raya yang menyebutkan ketika Nabi s.a.w. menyuruh semua orang tidak kira sama ada tua atau muda, suci maupun haidh supaya pergi berkumpul untuk sembahyang hari raya.
Apabila sampai di sana Nabi s.a.w. menyuruh perempuan-perempuan berhaidh supaya duduk di belakang.
Maka ulama` yang berpendapat ‘tidak harus’ orang perempuan berhaidh masuk dalam masjid mengatakan, inilah dalil jelas kerana Nabi menyuruh orang yang berhaidh supaya duduk berasingan kerana bimbang tempat sembahyang itu akan dicemari oleh darah haidh.
Jawapan daripada Imam al-Bukhari dan ulama` yang berpendapat ‘harus’ orang perempuan berhaidh masuk dalam masjid:
· Tempat sembahyang yang disebutkan dalam hadits tersebut bukannya masjid tetapimusolla iaitu di tanah lapang atau padang maka hukumnya tidak boleh disamakan dengan hukum masjid.
Nabi s.a.w. tidak menyuruh keluar dari kawasan musolla sebaliknya hanya menyuruh orang perempuan berhaidh duduk di bahagian belakang kerana mahukan keadaan lebih tersusun dan mudah apabila bangun untuk sembahyang nanti.
· Tidak ada dalil yang Nabi s.a.w. menyuruh mereka keluar daripada musolla; apa yang baginda suruh hanyalah supaya mereka duduk di bahagian belakang musolla yang mana masih lagi dalam kawasan musolla.
· Sekiranya mahu dikiaskan hadits tersebut dengan masjid maka apa yang jelas ialah orang perempuan berhaidh masih lagi dibenarkan duduk di dalam masjid iaitu di bahagian belakang masjid seperti yang berlaku dalam hadits tadi.
Hadits kedua:
Hadits yang menyebutkan Nabi s.a.w. pernah berada di dalam rumahnya manakala sejadahnya berada di dalam masjid. Lalu baginda berkata kepada `Aaisyah: “Pergi ambil sejadah itu dan bawakannya kepadaku.” `Aasiyah pun menjawab: “Saya ini telah datang haidh.” Baginda pun berkata: “Haidh kamu bukan di tangan kamu.”
Ulama` yang berpendapat‘tidak harus’ bagi orang perempuan berhaidh masuk masjid mengatakan bahawa:-
Ø `Aaisyah mengambil sejadah itu dengan hanya menjangkau dengan tangannya tetapi tidak sampai masuk ke dalam masjid. Dengan itu ada kaitannya dengan sabda baginda yang mengatakan haidh bukan di tangannya.
Ø `Aaisyah teragak-agak dan memberi alasan bahawa dia tidak boleh masuk ke dalam masjid dengan sebab berhaidh. Ini bermakna apa yang `Aaisyah fahami adalah orang yang berhaidh tidak boleh masuk ke dalam masjid.
Ulama` yang berpendapat ‘harus’ bagi orang perempuan berhaidh masuk masjid pula mengatakan:
Ø Tiada dalil yang menunjukkan `Aaisyah mengambil sejadah itu dengan hanya menjangkau dengan tangannya dan tidak masuk ke dalam masjid dan juga tidak ada dalil yang menunjukkan sejadah itu berada dekat dengan beliau. Oleh itu boleh dikatakan bahawa hadis ini menunjukkan adalah harus bagi orang perempuan berhaidh masuk ke dalam masjid kerana baginda menyuruh `Aaisyah masuk ke dalam masjid untuk mengambil sejadah dalam keadaan berhaidh.
Ø Manakala teragak-agaknya `Aaisyah untuk masuk ke dalam masjid boleh jadi disebabkan `Aaisyah masih belum mengetahui hukum sebenar yang orang perempuan berhaidh harus masuk ke dalam masjjid. Kemungkinan kedua ialah `Aaisyah beranggapan adalah tidak sesuai orang berhaidh masuk ke dalam masjid tetapi oleh kerana baginda sendiri yang menyuruhnya masuk maka ini menunjukkan harus dan boleh untuk wanita berhaidh masuk ke dalam masjid.
Menerusi bab ini, Imam al-Bukhari secara isyarat, mengemukakan pandangannya berhubung hukum perempuan berhaidh berada di dalam masjid iaitu, orang perempuan berhaidh tersebut boleh terus berada di dalam masjid dalam keadaan memelihara dirinya daripada mencemarkan masjid dengan darah haidh. Ini kerana tidak tersebut dalam mana-mana hadits sama ada larangan maupun perintah supaya perempuan tersebut keluar dari masjid apabila datangnya haidh. Juga tidak ada riwayat yang menyebutkan bahawa perempuan tersebut telahpun putus haidh (menopause)
Perlu diingat bahawa, salah satu kaedah fiqh Imam Bukhari ialah berpegang dengan umum hadits selagi tidak terdapat dalil yang mampu mengkhususkannya. Umum hadits bab ini menunjukkan perempuan berkenaan adalah perempuan biasa dan normal. Sebagai perempuan yang normal maka semestinya dia berhaidh tetapi tidak terdapat pula mana-mana kenyataan yang mengatakan dia keluar dari masjid semasa berhaidh.
Selain hadits di atas, Imam Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya juga berpegang kepada hadits Jabir di mana `Aaisyah sampai ke Mekah dalam keadaan berhaidh. Maka Rasulullah s.a.w. menyuruh `Aaisyah melakukan semua perkara yang dilakukan oleh orang-orang yang mengerjakan haji selain bertawaf dan bersembahyang. Riwayat ini juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab shahihnya.
Bukankah banyak sekali perkara yang dilakukan oleh orang yang mengerjakan haji selain dari tawaf dan sembahyang seperti membaca al-Quran, berzikir, bertalbiyah, melontar jamrah, masuk ke dalam masjid, berada dan beri`tikaf di dalamnya dan lain-lain lagi?
Tentang hadits-hadits yang dengan terang melarang perempuan berhaidh berada di dalam masjid yang dijadikan pegangan oleh sesetengah ulama`, bagi Imam Bukhari tidak mampu mengkhususkan hadits umum ini, sama ada kerana hadits-hadits tersebut tidak setanding dengannya atau tidak jelas maksudnya atau kerana sebab-sebab lain yang melemahkan hadits tersebut.
Antara hadits yang dipegang oleh golongan ulama` yang mengharamkan perempuan berhaidh berada di dalam masjid ialah hadits riwayat `Aaisyah daripada Nabi s.a.w. Bagindadikatakan bersabda:
فإني لا أحل المسجد لحائض و لاجنب
Sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid untuk perempuan berhaidh dan orang yang berjunub – Hadits riwayat Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah
Tetapi hadits ini tidak shahih kerana di dalam isnadnya terdapat dua orang perawi yang dipertikaikan iaitu:
Aflad bin Khalifah : Ibnu Hazam di dalam al-Muhalla-nya menyebutkan bahawa Aflad tidak masyhur dan juga tidak dikenali sebagai perawi tsiqah (dipercayai). Ibnu Hazam juga menganggap hadits ini sebagai hadits yang bathil.
Imam Ahmad menganggap hadits hadits ini dhaif kerana perawinya Aflad bin Khalifah seorang yang majhul. Demikian kata Al-Baghawi di dalam Syarhus Sunnah.
Al-Khattabi di dalam Ma`alim-nya berkata: Sekumpulan tokoh hadits mengatakan hadits ini dhaif. Kata mereka; perawinya Aflad adalah seorang yang majhul dan haditsnya tidak boleh dijadikan hujjah.
Imam Bukhari sendiri menganggap hadits ini munkar dan dhaif.
Selain itu `Abdul Haq al-Isybini, Baihaqi dan Nawawi turut mengatakannya dhaif.
Jasrah binti Dijajah: Imam Bukhari mengatakan Jasrah adalah seorang perawi yang banyak meriwayatkan perkara-perkara pelik dalam hadits-haditsnya. Dialah perawi yang merupakan madar iaitu paksi dalam periwayatan hadits ini.
Jasrah tidak terkenal sebagai tsiqah dan adil. Tidak seorang pun ulama` mutaqaddimin yang boleh diterima tausiqnya telah mentsiqahkannya.
Hafiz Ibnu Hajar hanya mengatakan dia maqbulah. Menurut istilah Hafiz Ibnu Hajar, seorang perawi maqbul boleh diterima riwayatnya sebagai hujjah sekiranya ada mutabi` atau syahid kepadanya sedangkan hadits yang dianggap sebagai mutabi` atau syahid kepada hadits ini tidak dapat menguatkannya kerana di dalam isnad-isnadnya terdapat perawi yang majhul dan dhaif.
Beberapa orang ulama` seperti Ibnu Khuzaimah dan Syaukani (yang sependapat dengan Ibnu Khauzaimah) mengatakan hadits tersebut shahih bahkan hadits ini ada diriwayatkan dalam Shahih Ibnu Khuzaimah.
Antara hadits yang dikatakan sebagai penyokong riwayat tadi adalah:
Ibnu Majah meriwayatkan:
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَمُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى قَالَا حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي غَنِيَّةَ عَنْ أَبِي الْخَطَّابِ الْهَجَرِيِّ عَنْ مَحْدُوجٍ الذُّهْلِيِّ عَنْ جَسْرَةَ قَالَتْ أَخْبَرَتْنِي أُمُّ سَلَمَةَ قَالَتْ
دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَرْحَةَ هَذَا الْمَسْجِدِ فَنَادَى بِأَعْلَى صَوْتِهِ إِنَّ الْمَسْجِدَ لَا يَحِلُّ لِجُنُبٍ وَلَا لِحَائِضٍ
Abu Bakaar bin Abi Syaibah dan Muhammad bin Yahya meriwayatkan kepada kami, kata mereka: Abu Nu`aim meriwayatkan kepada kami, Ibnu Abi Ghaniyyah meriwayatkan kepada kami daripada Abi al-Khattab al-Hajariy daripada Mahduj az-Zuhli daripada Jasrah, katanya: Ummu Salamah memberitahu kepada saya, katanya:
“Rasulullah s.a.w. pernah masuk ke perkarangan masjid ini lalu memekik dengan setinggi-tinggi suaranya bahawa masjid ini tidak halal untuk orang yang berjunub dan berhaidh.”
Hadits ini dhaif kerana terdapat di dalamnya Abi al-Khattab al-Hajariy dan Mahduj az-Zuhli. Selain itu hadits ini juga adalah riwayat Jasrah.
Abi al-Khattab al-Hajariy adalah perawi majhul dan Mahduj az-Zuhli adalah perawi yangsaqit (perawi yang haditsnya tidak boleh dijadikan hujjah, tidak boleh ditulis dan tidak boleh dijadikan i`tibar)
At-Tabrani dan al-Baihaqi dengan isnad masing-masing juga meriwayatkan dari saluran yang sama dengan riwayat yang dikemukakan Ibnu Majah iaitu daripada Ummu Salamah juga tetapi al-Tabrani mengemukakannya dengan tambahan:
إلا للنبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وأزواجه وفاطمة بنت محمد و علي ألا بينت أن تضلوا
(tidak boleh masuk) kecuali kepada nabi, isteri-isterinya, Fatimah binti Muhammad dan `Ali. Ketahuilah aku terangkan agar kamu tidak terpesong.
Al-Baihaqi pula mengemukakannya dengan tambahan berlainan:
إِلاَّ لِرَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَعَلِىٍّ وَفَاطِمَةَ وَالْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ أَلاَ قَدْ بَيَّنْتُ لَكُمُ الأَسْمَاءَ أَنْ لاَ تَضِلُّوا
(tidak boleh masuk) kecuali kepada Rasulullah s.a.w, `Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Ketahuilah aku terangkan kepadamu nama-nama itu agar kamu tidak terpesong.
Selain bermasalah dari segi sanad, kedua-dua tambahan yang kemukakan oleh at-Tabrani dan al-Baihaqi tadi merupakan tambahan daripada Syiah pelampau. Ibnu Majah tidak menyebutkan tambahan ini di dalam riwayatnya. Demikian kata Ibnul Qayyim di dalamTahzib Sunan Abi Daud.
Hadits ketiga:
Ibnu Hazam meriwayatkan daripada `Abdul Wahhab daripada `Ato al-Khaffaf daripada Abi Ghaniyyah daripada Ismail daripada Jasrah binti Dijajah daripada Ummi Salamah, katanya:“Masjid ini haram kepada setiap orang lelaki yang berjunub dan setiap orang perempuan yang berhaidh kecuali kepada Muhammad, isteri-isterinya, `Ali dan Fatimah.”
Hadits ini juga dhaif kerana di dalam isnadnya terdapat beberapa perawi yang dhaif danmajhul.
Imam Ahmad mengatakan `Abdul Wahhab seorang perawi yang lemah dan muttorib.
Imam Bukhari, Abu Hatim ar-Razi, as-Saji dan an-Nasa`i mengatakan dia seorang yang tidak kuat (iaitu dhaif)
Ibnu Hazam pula mengatakan dia munkarul hadits (perawi hadits yang dhaif meriwayatkan hadits bercanggah dengan perawi yang tsiqah)
Abu Daud, az-Zahabi dan lain-lain mengatakannya dhaif.
Ismail juga menurut al-Azji dan Ibnu Hibban adalah perawi munkarul hadits.
Ad-Daraqutni dan Ibnul Jauzi mengatakan dia dhaif sementara Ibnu Hazam pula mengatakan dia majhul.
Bagaimana hadits-hadits tadi akan menguatkan antara satu sama lain sekiranya setiap satunya adalah dhaif?
Di antara hadits yang paling kuat adalah hadits yang mula-mula dibentangkan tadi iaitu hadits Jasrah riwayat Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah.
Walaupun ada ulama` yang menghukumkannya shahih seperti Ibnu Khuzaimah dan asy-Syaukani atau menghukumnya hasan seperti Ibnul Qatttan al-Fasi, Ibnu Sayyid an-Nas tetapi ramai ulama’ menghukumkannya dhaif seperti yang diterangkan sebelum ini.
Pendapat yang mengatakan hadits ini dhaif adalah lebih kuat berdasarkan kepada kaedah sesuatu hadits itu dihukum dhaif apabila sanadnya mengandungi perawi dhaif dan, jelas sekali hadits-hadits yang disebutkan di atas tadi diriwayatkan oleh perawi yang dhaif.
Maka tidak ada lagi alasan untuk menghukumnya shahih atau hasan. Dalam masalah ini pendapat Bukhari kelihatan lebih kuat , relevan dengan logik serta bersemangat kritis masyarakat Islam moden.
Ia juga lebih menjinakkan masyarakat bukan Islam yang terkeliru dengan Islam terutama berkenaan hak dan kedudukan orang perempuan.
Pendapat Imam Bukhari dalam masalah ini benar-benar mencerminkan kemudahan dalam Islam. Di samping itu ia juga akan menghasilkan manfaat dan faedah sebagaimana berikut ini:
i. Menyerlahkan keperihatinan agama Islam terhadap kaum wanita.
ii. Bersangka baik terhadap sifat amanah kalangan lelaki dan perempuan muslimah terutamanya apabila berada di dalam masjid.
iii. Tanggapan bahawa Islam mengamalkan diskriminasi wanita akan semakin lenyap.
iv. Bagi Rasulullah s.a.w, tempat yang lebih selamat dan terpelihara untuk wanita ialah di masjid. Begitulah yang sepatutnya dan pada bila-bila masa sekalipun.
v. Masjid bukan sahaja menjadi tempat paling selamat untuk wanita tetapi juga menjadi tempat mencari ilmu bagi sahabat-sahabat baginda yang bergelar ahli Shuffah yang tinggal di serambi masjid. Begitu juga dengan tetamu-tetamu baginda yang datang dari jauh. Inilah yang menjadi asas kepada asrama pertama dalam Islam dengan menempatkan penuntut-penuntut ilmu dan tetamu-tetamu Nabi s.a.w. di masjid Nabi s.a.w.
vi. Masjid adalah tempat yang mulia di sisi Allah, memberi perlindungan kepada wanita di masjid bererti memuliakan mereka.
vii. Di sesetengah tempat, membawa mereka ke masjid lebih menjamin keselamatan mereka daripada membiarkan mereka di dalam kenderaan semata-mata kerana datang bulan.
viii. Menjinakkan wanita dengan masjid yang merupakan pusat sumber ilmu agama kepada masyarakat Islam apabila tiada halangan untuk pergi ke sana. Peluang yang ada untuk mereka mendalami ilmu agama sama seperti peluang yang ada pada kaum lelaki.
ix. Orang-orang perempuan berhaidh boleh menjadikan masjid sebagai tempat perhentian atau tempat berehat ketika bermusafir tanpa perlu berpisah dan berjauhan dengan ayah, suami dan lain-lain.
x. Dalam keadaan terdesak seperti ketika hujan lebat, ribut dan sebagainya orang-orang perempuan yang datang bulan juga boleh berlindung di dalam masjid tanpa rasa bersalah dan berdosa.
xi. Sesetengah masjid menyediakan bilik-bilik untuk musafir, perpustakaan, bilik komputer, ruang makan, kaunter zakat dan sebagainya. Dalam keadaan-keadaan seperti ini orang perempuan berhaidh juga berpeluang menikmati manfaat dari kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh masjid sekiranya pendapat ini diguna pakai. Wallahua`lam.

*Artikel ini adalah sinopsis dan saringan daripada Kuliah Shahih Bukhari, Kitab Solat pada 10hb Sept 2011Bertempat di Bangunan Tabung Haji, Kota Bharu,


dipetik dari:sukahadis.blogspot.com

Di sebalik kisah nabi adam,pujukan hawa dan buah khuldi


Hawa Atau Syaitan Yang Memujuk Adam Memakan Buah Khuldi?



Boleh dikatakan hampir kesemua kisah yang kita baca dan dengar berkaitan Adam dan buah khuldi menunjukkan bahawa Hawa lah yang memujuk Adam memakan buah Khuldi di dalam syurga yang mana kemudiannya menyebabkan Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga dan ditempatkan di dunia. Namun benarkah Hawa yang memujuk Adam?



Untuk menghilangkan keraguan maka hendaklah kita merujuk kepada al-Quran di mana Allah s.w.t. berfirman:



فوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآَتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ
Lalu syaitan menghasut mereka berdua (memakan buah pokok larangan) dengan tujuan untuk mendedahkan aurat mereka yang selama ini terlindung dari mereka, lalu ia berkata: Tuhan kamu tidak melarang kamu mendekati pokok ini melainkan supaya kamu tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi dari kalangan mereka yang hidup kekal abadi. (al-A`raf: 20)



Dalam ayat ini jelas bahawa syaitan yang menghasut Adam dan Hawa bukannya syaitan menghasut Hawa dan kemudian Hawa menghasut Adam pula.



Dalam surah Taha, ayat 120, penafian bahawa Hawa tidak memujuk Adam lebih jelas lagi:



فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آَدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى


Lalu syaitan membisikkan fikiran yang jahat kepadanya dengan katanya: “Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok hidup kekal dan kerajaan yang tidak akan musnah?“ (Taha: 120)



Lanjutan



Renteten daripada kisah tadi ada lagi lanjutannya yang boleh kita masukkan dalam kategori mitos kerana tidak ada dalil dari al-Quran maupun hadits. Setelah Adam memakan buah khuldi dan hampir menelannya lalu datanglah Jibril menahan buah tersebut sebelum sempat buah khuldi itu sampai ke perutnya lalu terjadilah buah halkum yang tampak jelas dileher manusia yang bergelar lelaki

Namun harus diingat, tiada satu pun riwayat dari hadits maupun ayat al-Quran menyebutkan kejadian halkum lelaki adalah dari buah khuldi yang terlekat dileher adam



Buah khuldi Atau Pokok Khuldi?



Terdapat percanggahan antara kisah yang biasa kita dengar dengan apa yang jelas dalam al-Quran, kerana al-Quran tidak pula menyebutkan Khuldi itu sebagai buah sebaliknya hanya menyebutkan sebagai pokok khuldi di beberapa buah tempat:



فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآَتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ
Lalu syaitan menghasut mereka berdua memakan pokok larangan dengan tujuan untuk mendedahkan aurat mereka yang selama ini terlindung dari mereka, lalu ia berkata: Tuhan kamu tidak melarang kamu mendekati pokok ini melainkan supaya kamu tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi dari kalangan mereka yang hidup kekal abadi. (al-A`raf: 20)



فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آَدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى
Lalu syaitan membisikkan fikiran yang jahat kepadanya dengan katanya: “Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok hidup kekal dan kerajaan yang tidak akan musnah?“ (Taha: 120)



شَجَرَةِ dalam bahasa Arab bermaksud pokok. Sekiranya ingin ditakwilkan mungkin boleh dikatakan bahawa disebutkan pokok khuldi tetapi yang dimaksudkan adalah buahnya ya`ni dengan menggunakan istilah balaghah itlaqulkul wa iradatul juz. Contoh lain: Saya telah pergi mengetuk rumahnya ya`ni saya telah pergi mengetuk pintu rumahnya



Walau bagaimanapun tidak ada dalil lain yang menjelaskannya demikian sama ada daripada hadis maupun al-Quran untuk menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dalam ayat-ayat tadi adalah buah.



Seterusnya sebagai ummat Islam yang berpaksikan kepada al-Quran dan sunnah, kita sepatutnya lebih berhati-hati dengan kisah-kisah yang sampai kepada kita kerana kebiasaannya kisah nabi-nabi terdahulu iaitu nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. ada terselit kisah Israiliyyat ya`ni kisah yang diriwayatkan atau berpunca dari Bani Israil. Kebanyakan riwayat Israiliyyat ini hanya layak digelar dongengan sahaja dan tidak boleh kita menerima atau mempercayainya lebih-lebih lagi apabila ia bercanggah dengan al-Quran & hadits.

Wallahua`lam





Ibnu Hasan,

22 April 2011

Bersamaan 18 Jumada 1 – 1432 H

Kota Damansara.

                            dipetik dari:http://sukahadis.blogspot.com/




benarkah asal kejadian perempuan dari tulang rusuk?

Apabila kita membaca buku atau mendengar ceramah berkenaan wanita maka kebiasaan kisah lanjutannya adalah mengenai asal kejadian perempuan iaitu daripada tulang rusuk lantas mengaitkannya dengan sifat perempuan yang selalu ‘bengkok’ maka si suami hendaklah berhati-hati ‘membetulkannya’ supaya 'tidak patah' iaitu dalam memimpin dan mendidik seorang isteri agar berada di haluan yang betul.

Cerita-cerita seperti ini menunjukkan seakan manusia yang bernama perempuan ini adalah manusia kelas kedua sahaja sedangkan kedatangan Islam telah mengangkat darjat perempuan ke tahap yang sangat mulia.



Adakah kisah asal kejadian perempuan dari tulang rusuk ini benar, jom kita baca artikel berkenaan kejadian asal perempuan ini yang telahpun ditulis oleh salah seorang sahabat saya iaitu Ustaz Muhammad Hanief bin Awang Yahaya.



Perempuan Tidak Berasal Daripada Tulang Rusuk



Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain)



Kenyataannya ialah tidak ada satupun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan di dalam al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain.



Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ ini: “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulung rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya.” ( The Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94)



Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan perkara yang sebagaimana yang tersebar dalam masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada satupun hadis baginda s.a.w yang menerangkan asal- usul kejadian Hawa.



Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukan perkara yang Allah s.w.t. tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya, apabila Allah s.w.t. menyebutkan cerita tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlu bagi kita untuk menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau bahan buatannya. Perincian itu bukan menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa yang penting ialah menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar dab pengajaran. Dengan kata lain, al-Quran bukan kitab sejarah atau sains tetapi kitab yang memberi panduan hidup kepada manusia supaya selamat di dunia dan akhirat.



Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliau ketika mengulas kisah-kisah yang diceritakan oleh al-Quran: “Bukanlah maksud cerita-cerita di dalam al-Quran untuk mengetahui cerita itu sendiri. Maksud sebenarnya ialah supaya pembaca memikirkan betapa bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah hasil dari perbuatan syirik itu di samping menenangkan hati orang-orang yang ikhlas dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada mereka” (al-`Fawz al-Kabir Fi Usul al-Tafsir, hal. 138)



Mengapa Berlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini?

Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekeliruan dalam memahami makna sebenar ayat ini:



1. Berpegang Dengan Riwayat Israiliyyat

Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268.) Disebabkan ada riwayat dalam kitab-kitab yang dahulu, ahli-ahli tafsir terus menganggap ia sebagai sokongan atau pentafsiran kepada al-Quran. Bagaimana mungkin ayat al-Quran ditafsirkan dengan riwayat Israiliyyat walhal penurunan kitab-kitab nabi terdahulu lebih awal lagi daripada al-Quran. Sepatutnya, kitab yang turun kemudianlah yang menjelaskan kitab-kitab yang terdahulu.



Hadis berkenaan perkara ini mempunyai beberapa versi. Antaranya ialah;

1. Perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk

2. Perempuan seperti tulang rusuk.

3. Perempuan adalah tulang rusuk.



2. Mengkhususkan Keumuman Hadis Tanpa Nas Yang Jelas

Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan kepada Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. semuanya dengan jelas menyatakan perempuan dalam bentuk tunggal atau jamak dan tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus. Jelasnya, para pentafsir menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukan makna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu.



3. Kesilapan Memahami Kata Sendi Nama Min من

Walaupun perkataan min itu memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal. 319)



Abu Muslim al-Asfahani mengatakan, maksud menciptakan daripadanya pasangannya ialah menciptakannya dari jenisnya. (lihat Hasyiah Zadah `Ala al-Baidhawi) Ini seperti ayat-ayat al-Quran berikut:



وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ



Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 21)



فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ



Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)



وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ



Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. (Surah al-Nahl: 72)



Ayat-ayat ini tidak boleh difahami sebagai isteri-isteri kita itu diciptakan daripada diri atau jasad kita tetapi mestilah difahami sebagai “mereka itu dari jenis yang sama dengan kita”.



لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ



Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu, sangat berharap akan keimanan kamu dan sangat kasih serta menyayangi kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Taubah:128)



لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ



Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kurniaan yang besar kepada orang-orang yang beriman ketika Dia mengutuskan seorang rasul kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan Kitab dan Hikmah. Sesungguhnya mereka sebelum itu berada di dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali Imran: 164.)



Kedua-dua ayat ini dengan jelasnya menyebutkan Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada kita adalah dari kalangan manusia yang sama seperti kita bukan dari kalangan makhluk yang lain seperti malaikat.



Dengan itu, hadis ini ditafsirkan sebagai sifat dan perasaan perempuan itu daripada jenis yang mudah bengkok.



عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره واستوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع، وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وأن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)



عن أبي هريرة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: المرأة كالضلع، إن أقمتها كسرتها.



Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari4889).



Hadis ini telah dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Nikah bab berlembut dengan wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialah untuk menyatakan sifat fitrah wanita bukannya hakikat kejadian mereka. Apakah tubuh atau jasad wanita akan mudah patah apabila dikasari oleh orang lain? Tentu sekali tidak.



عن أبي هريرة. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن المرأة كالضلع. إذا ذهبت تقيمها كسرتها.



Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat Muslim no: 1468.)



Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Penggunakan partikel kaf ك ini bagi menyatakan persamaan antara perempuan dan tulang rusuk. Sementara ayat yang kedua merupakan sudut persamaan antara kedua-duanya.



Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam Sahihnya, iaitu:



باب: المداراة مع النساء، وقول النبي صلى الله عليه وسلم: (إنما المرأة كالضلع



Bab berlembut dengan wanita dan Sabda Nabi s.a.w.: Sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk.



Dengan membuat tajuk begini Imam al-Bukhari tidaklah berpendapat bahawa Hawa itu dijadikan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam.



Begitu juga di dalam al-Adab al-Mufrad, Imam al-Bukhari mengemukakan riwayat:



إن المرأة ضلع , وإنك إن تريد أن تقيمها تكسرها



Sesungguhnya perempuan itu tulang rusuk. Jika kamu mahu untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya. (al-Adab al-Mufrad, no: 747)



Apakah hadis ini menyatakan hakikat perempuan itu sebenarnya tulang rusuk? Tentu sekali tidak. Hadis ini merupakah satu bentuk tasybih atau perumpamaan yang mempunyai nilai balaghah atau retorik yang tinggi di mana perkataan yang menyatakan persamaan tidak digunakan begitu juga sudut keserupaan tidak disertakan. Ayat yang kedua boleh juga dikatakan sebagai bukti bahawa perkataan tulang rusuk tidak difahami secara harfiah.



Sokongan Kepada Penafsiran Ini

Penafsiran min bukan dengan makna punca atau asal-usul sesuatu adalah sesuai hadis berikut:



عن أبي قلابة، عن أنس رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان في سفر، وكان غلام يحدو بهن يقال له أنجشة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (رويدك يا أنجشة سوقك بالقوارير). قال أبو قلابة: يعني النساء



Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)



Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian.



Kesimpulan

Hadis ini perlu difahami secara balaghah iaitu berdasarkan retorik bahasa Arab. Rasulullah s.a.w. menyampaikan pesanan ini dalam bentuk tasybih (perumpamaan) supaya maksud pesanan difahami dengan lebih mendalam. Tegasnya, supaya pendengar lebih peka dan prihatin bukan memberi perhatian kepada makna harfiah. Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.



Dengan pemahaman yang betul tentang hadis-hadis ini maka tertolaklah anggapan bahawa wanita adalah dari kelas kedua kerana kononnya dijadikan daripada orang lelaki iaitu Adam!


dipetik dari:http://sukahadis.blogspot.com/

Tujuh keajaiban dunia menurut islam..

Tujuh Keajaiban Dunia
Buletin Jum’at Al-Atsariyyah edisi 46 Tahun I.
Penerbit : Pustaka Ibnu Abbas
Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taaj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramida di mesir, inilah semua keajaiban dunia yang kita kenal. Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, karena di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi. Mungkin para pembaca bertanya-tanya, keajaiban apakah itu?
Memang tujuh keajaiban lain yang kami akan sajikan di hadapan pembaca sekalian belum pernah ditayangkan di TV, tidak pernah disiarkan di radio-radio dan belum pernah dimuat di media cetak. Tujuh keajaiban dunia itu adalah:
* Hewan Berbicara di Akhir Zaman
Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul hewan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercantum dalam Al-Qur’an, surah An-Naml ayat 82,
“Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami”.
Mufassir Negeri Syam, Abul Fida’ Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berkomentar tentang ayat di atas, “Hewan ini akan keluar diakhir zaman ketika rusaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka hewan bumi. Konon kabarnya, dari Makkah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang perinciannya. Hewan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu”.[Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)]
Hewan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,
“Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat, sehingga kalian akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, hewan bumi, Ya’juj & Ma’juj, terbitnya matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia”. [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Dawud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]
* Pohon Kurma yang Menangis
Adanya pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- , mengapa sampai pohon ini menangis? Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu ‘anhu- bertutur,
“Jabir bin Abdillah -radhiyallahu ‘anhu- berkata: “Adalah dahulu Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut” .[HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]
Ibnu Umar-radhiyallahu ‘anhu- berkata,
“Dulu Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang korma itu pun merintih. Maka Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang korma itu (untuk menenangkannya)”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]
* Untaian Salam Batu Aneh
Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam. Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahwa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya,
Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda, “Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang”.[HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)].
* Pengaduan Seekor Onta
Manusia adalah makhluk yang memiliki perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan hewan pun memilikinya. Oleh karena itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada hewan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- mengungkapkan perasaannya.
Abdullah bin Ja’far-radhiyallahu ‘anhu- berkata, “Pada suatu hari Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam- pernah memboncengku dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk kedalam kebun laki-laki Anshar. Tiba tiba ada seekor onta. Tatkala Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- melihatnya, maka onta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke punuknya dan tulang telinganya, maka tenanglah onta itu. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah pemilik onta ini, Onta ini milik siapa?” Lalu datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, “Onta itu milikku, wahai Rasulullah”.
Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,
“Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, karena ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahwa engkau telah membuatnya letih dan lapar”. [HR. Abu Dawud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya’la dalam Al-Musnad (3/8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala’il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]
* Kesaksian Kambing Panggang
Kalau binatang yang masih hidup bisa berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi nyata. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadits berikut:
Abu Hurairah-radhiyallahu ‘anhu- berkata,
“Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- menerima hadiah, dan tak mau makan shodaqoh. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- pun memakan sebagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan. Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, “Angkatlah tangan kalian, karena kambing panggang ini mengabarkan kepadaku bahwa dia beracun”. Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro’ bin MA’rur Al-Anshoriy. Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- mengirim (utusan membawa surat), “Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?” Wanita itu menjawab, “Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu”. Kemudian Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh. Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau,”Senantiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khoibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus”. [HR. Abu Dawud dalam Sunan-nya (4512). Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]
* Batu yang Berbicara
Setelah kita mengetahu adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita pikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak. Karena Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- tidaklah pernah berbicara sesuai hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.
Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,
“Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang diantara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, “Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]
Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah- berkata, “Dalam hadits ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadits ini (menunjukkan) bahwa benda-benda itu berbicara secara hakikat”.[Lihat Fathul Bari (6/610)]
* Semut Memberi Komando
Mungkin kita pernah mendengar cerita fiktif tentang hewan-hewan yang berbicara dengan hewan yang lain. Semua itu hanyalah cerita fiktif belaka alias omong kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya hewan yang berbicara kepada hewan yang lain, bahkan memberi komando, layaknya seorang komandan pasukan yang memberikan perintah. Hewan yang memberi komando tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an,
“Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata: “Hai manusia, kami Telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata”.Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari.Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa Karena (mendengar) perkataan semut itu. dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. (QS.An-Naml: 16-19).
Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan “Tujuh Keajaiban Dunia” yang menghebohkan, dan mencengangkan seluruh manusia. Orang-orang beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- sampai sekarang. Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh karena itu, kami mengangkat hal itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kokoh di hati kaum muslimin